KUSIAL BARU: Bagi memenuhi kalendar program 2010, Pergerakan Belia 4B Perumahan Kusial Baru, dengan kerjasama Jiran Muda KRT, menganjurkan program konvoi bermotosikal ke Tok Bali, Pasir Puteh, dalam usaha memperkasakan rasa jati diri dan silaturrahim belia setempat.
Setiausahanya, Rahim Salleh berkata, program julung kali diadakan itu mendapat sambutan baik empat puluh peserta tempatan. Selain bermotosikal pelbagai jenis beberapa buah kereta juga ikut sama mengiringi konvoi dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
“Saya kagum dengan kemampuan belia anjurkan program tersebut. Satu kejayaan bagi kami kerana inilah program pertama tahun ini. Saya tidak menyangka belia memberikan sambutan yang baik dengan program itu,” katanya pada Sinar Harian.
Menurutnya selain menguji silaturrahim, konvoi tersebut juga memberi sedikit pendedahan dan kesedaran kepada belia dan remaja bahawa mereka merupakan pemimpin masa depan yang akan corakkan kemajuan masyarakat.
Rahim berkata, inilah antara program melatih mereka mempersiapkan diri bagi hadapi cabaran bila mereka menjadi pemimpin nanti. Selain itu program bercorak cabran dan perkasakan silaturrahim akan diteruskan dimasa akan datang ke destinasi lain pula yang lebih mencabar.
Sementara itu salah seorang peserta yang ditemui Sinar Harian, Zaidi Hanapi berkata, inilah pertama kali dia menyertai konvoi tersebut dan merupakan sesuatu yang menyeronokkan selain menguji kesabaran dan jati dirinya.
“Saya bangga dengan program tersebut. Sepanjang perjalanan kami hadapi pelbagai cabaran. Bukan mudah nak kawal empat puluh buah motosikal. Jarak perjalanan dari Tanah Merah melalui Machang ke Pasir Puteh agak jauh juga. Di sini menguji nilai persahabatan dan jati diri seseorang,” katanya.
Bagi Pengerusi KRT Perumahan Kusial Baru, Rozi Safaai yang mengikuti konvoi itu juga ikut berbangga dengan kemampuan belia tempatan menganjurkan program tersebut.
“Konvoi ini satu cabaran permulaan. Saya bangga dengan belia perumahan kami yang mempunyai jati diri serta tidak mudah kalah dengan dugaan. Bukan mudah nak tangani konvoi ini kalau pemimpin dan ahlinya tidak mempunyai jati diri dan silaturrahim,” katanya.
Rozi berharap di masa akan datang belia dengan kerjasama Jiran Muda KRT akan mengadakan program lebih mencabar seperti ekspedisi ke Gunung Stong atau ke kawasan peranginan cantik yang terdapat di dalam dan luar Kelantan.
Sebagai mengisi program di pantai Tok Bali, permainan bola sepak pantai turut di adakan selain acara membakar sotong dan ikan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar