APAKAH MAKNANYA SIMPATI DAN KESEDIHAN KITA, JIKA NIKMAT YANG DINIKMATI DARIPADA KEMERDEKAAN TIDAK KITA SANJUNGI DAN HARGAI.

Minggu, 17 November 2013

HARI KELUARGA KRT PERUMAHAN KUSIAL BARU

Meriah hari keluarga KRT tersebut. Jiram wanita juga ikut sama memainkan peranan mereka, bagi memastikan setiap program yang diatur, berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  

Selasa, 13 November 2012

"Terima kasih di atas kunjungan," kata Rozi Safee, selaku Pengerui KRT Perumahan Awam Kusial Baru.

Minggu, 11 November 2012

LAWATAN ALOR MAK BAH




KUSIAL BARU – Hujan renyai tidak menghalang lawatan muhibbah 50 orang tetamu Kawasan Rukun Tetangga Alor Mak Bah, Dungun, Terengganu, ke Kawasan Rukun Tetangga Perumahan Kusial Baru, di sini, kelmarin.

Pengerusi KRT Alor Mak Bah, Mohd Yusoff Semail berkata, lawatan itu bertujuan memperkasakan lagi hubungan dua Kawasan Rukun Tetangga daerah yang aktif, selain mewujudkan perpaduan utuh, melalui program ramah mesra dengan pucuk kepimpinan masing-masing.

Katanya, Kawasan Rukun Tetangga Perumahan Kusial Baru dipilih kerana keaktifan mereka di dalam pelbagai cabang, baik sukan, keagamanan, kebajikan dan nilai murni.       

“Apa yang kita lakukan ini bertujuan menimba pengalaman dan produktiviti KRT di sini, selain projek dan perancangan di KRT masing-masing. KRT disini banyak terlibat dengan sukan, apa lagi keagamaan. ” katanya. 

Menurutnya, kejayaan KRT Perumahan Kusial Baru meraih hadiah dalam pertandingan kibar Jalur Gemilang peringkat daerah sejak 2009 hingga sekarang, mengundang minatnya untuk mempelajari bagaimana kejayaan itu diraih dan dipertahankan.

“Saya yakin, perpaduan dan kerjasama utuh ahli RT di sini menyebabkan mereka berjaya meraih hadiah setiap kali pertandingan di adakan. Justeru, kami mahu mencari rahsia bagaimana RT Kusial Baru boleh mempertahakan kejuaraan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KRT Perumahan Kusial Baru, Rozi Safee berkata, lawatan intergrasi itu sedikit sebanyak mendedahkan senario kemasyarakatan yang berbeza dari segi sosial ekonomi antara kedua-dua Rukun Tetangga.    

Katanya, di sini kehidupan masyarakatnya banyak terfokus kepada pertanian, perladangan dan penternakan.

“Kita dikelilingi oleh bukit dan sungai. Justeru kesempatan itu diisi penduduk setempat untuk bercucuk tanam, menternak dan sebagainya,” katanya.   

Menurutnya, sebagai timbal balas, KRT Perumahan Kusial Baru akan menyusun satu program lawatan ke Alor Mak Bah, tahun hadapan. 

Program lawatan itu diserikan lagi dengan kumpulan muzik Sinfoni Machang yang telah mempersembahkan lagu-lagu wayang kulit antaranya lagu Hanuman serta lagu popular negeri Terengganu, Ulit Mayang.