APAKAH MAKNANYA SIMPATI DAN KESEDIHAN KITA, JIKA NIKMAT YANG DINIKMATI DARIPADA KEMERDEKAAN TIDAK KITA SANJUNGI DAN HARGAI.
Selasa, 13 November 2012
Senin, 12 November 2012
Minggu, 11 November 2012
LAWATAN ALOR MAK BAH
KUSIAL BARU – Hujan
renyai tidak menghalang lawatan muhibbah 50 orang tetamu Kawasan Rukun Tetangga
Alor Mak Bah, Dungun, Terengganu, ke Kawasan Rukun Tetangga Perumahan Kusial
Baru, di sini, kelmarin.
Pengerusi KRT Alor Mak Bah, Mohd
Yusoff Semail berkata, lawatan itu bertujuan memperkasakan lagi hubungan dua
Kawasan Rukun Tetangga daerah yang aktif, selain mewujudkan perpaduan utuh,
melalui program ramah mesra dengan pucuk kepimpinan masing-masing.
Katanya, Kawasan Rukun Tetangga
Perumahan Kusial Baru dipilih kerana keaktifan mereka di dalam pelbagai cabang,
baik sukan, keagamanan, kebajikan dan nilai murni.
“Apa yang kita lakukan ini
bertujuan menimba pengalaman dan produktiviti KRT di sini, selain projek dan
perancangan di KRT masing-masing. KRT disini banyak terlibat dengan sukan, apa
lagi keagamaan. ” katanya.
Menurutnya, kejayaan KRT
Perumahan Kusial Baru meraih hadiah dalam pertandingan kibar Jalur Gemilang
peringkat daerah sejak 2009 hingga sekarang, mengundang minatnya untuk
mempelajari bagaimana kejayaan itu diraih dan dipertahankan.
“Saya yakin, perpaduan dan
kerjasama utuh ahli RT di sini menyebabkan mereka berjaya meraih hadiah setiap
kali pertandingan di adakan. Justeru, kami mahu mencari rahsia bagaimana RT
Kusial Baru boleh mempertahakan kejuaraan itu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi KRT
Perumahan Kusial Baru, Rozi Safee berkata, lawatan intergrasi itu sedikit
sebanyak mendedahkan senario kemasyarakatan yang berbeza dari segi sosial
ekonomi antara kedua-dua Rukun Tetangga.
Katanya, di sini kehidupan
masyarakatnya banyak terfokus kepada pertanian, perladangan dan penternakan.
“Kita dikelilingi oleh bukit dan
sungai. Justeru kesempatan itu diisi penduduk setempat untuk bercucuk tanam,
menternak dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya, sebagai timbal
balas, KRT Perumahan Kusial Baru akan menyusun satu program lawatan ke Alor Mak
Bah, tahun hadapan.
Program lawatan itu diserikan
lagi dengan kumpulan muzik Sinfoni Machang yang telah mempersembahkan lagu-lagu
wayang kulit antaranya lagu Hanuman serta lagu popular negeri Terengganu, Ulit
Mayang.
Sabtu, 10 November 2012
LAWATAN KRT ALOR MAK BAH
Terjalin kukuh hubungan dua KRT dalam suasana penuh kerakraban dan perpaduan. Terima kasih KRT Alor Mak Bah, Dungun, Terengganu, kerana memilih kampung kami, destinasi lawatan mereka. InsyaAllah kami akan aturkan satu program timbal balik ke KRT Alor Mak Bah, tahun hadapan.
Selasa, 06 November 2012
Langganan:
Postingan (Atom)